CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 12, 2011

Telur Tiruan


Macam2 la sekarang ni kan... manusia semua dah pandai2.... Telur pun ade yang tiruan.... Tapi semalam tengok berita, diorang cakap tiada telur tiruan... mungkin pembeli telur kat Pulau Tikus tu terbeli telur yang rosak... Sebab nak buat telur tiruan ni menggunakan kos yang tinggi... Sekrang ni pengeluar telur hendaklah mendaftar sebelum mengedar telur2 mereka...tapi harap2 la tak de telur tiruan... Sebab kadang2 kite tak dapat nak bezakan yang mana satu telur yang tulen..yang mana satu yang tiruan... Konflik betul... hihihi



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah  makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.


Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
 
“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Cara Mengenal pasti telur ayam tiruan
 

 

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.




Warna Najis Bayi Anda

Hari ni saya ada info untuk dikongsikan bersama-sama kawan2 yang bergelar ibu... Mana2 yang tak bergelar ibu pun leh kongsi info nie.... maybe untuk information.... Pernah tak anak kita cirit-birit ? Biasa kan...... Harraz pun selalu cirit birit... Masa umur dia 2 ari... saya bagi susu formula jenis Anmum.... sebab masa tu susu badan saya tak banyak...


Biasa la baby boy kan kuat menyusu... jadi terpaksa bagi susu botol... Kalau di ikutkan hati saya nak bagi anak saya susu badan jer.... tapi nak buat macam mane kan.... Harraz asyik menangis je tak cukup susu.... Lepas die minum susu Anmum... dia asyik "membuang" je.... cirit-birit.... kecian tengok die.... sakit perut.... memulas agaknya.... menangis jer... Mak cakap mungkin susu ni tak sesuai ngan dia kot.... Saya pun try tukar lactogen.... alhamdulillah.... lepas tu najis dia dah ok... tak macam sebelum nie..... Tapi susu badan tetap saya bagi...cuma kadang2 tak cukup susu je saya bagi susu botol..... Sampai umur die setahun 6 bulan Harraz minum susu lactogen.... Harraz terpaksa minum susu botol sebab saya keje.... Insyallah.... anak kedua nanti saya teringin sangat nak menyusu badan sepenuhnya... tak nak campur2 dah.... Insyallah...... Sekarang ni Harraz minum susu  1 2 3 Ducth Lady... sedap bau susu nie...cam vanilla ... Harraz pun suke....





ok...saya share info with you all....

WARNA NAJIS BAYI ANDA

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.


Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.


Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.

Calitan darah Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.

Info ni saya ambil dari satu artikel.....

Monday, April 11, 2011

Upin dan Ipin


Betul !! Betul !!...Betul!!... memang smua dah tau tag line nie... Upin dan Ipin... semua budak sukakan kartun nie... Harraz hari-hari tengok cd upin dan ipin.... siap boleh ingat jalan citer lagi.... sebab Upin dan Ipin ni jugak lah Harraz dah pandai mengira 1... 2 ..... 3... dan One.... Two...Three... kadang-kadang tengok kartun pun ade kebaikan nya...Kanak-kanak mudah belaja dengan apa yang mereka lihat.... Harraz pun dah tau A.. B... C.... sebab dalam cite Upin Ipin nie..diorang pegi sekolah.... cikgu ada ajar mengeja... jadi Harraz pun ikut sama eja... sekarang dah pandai eja A..Y...A..M.... Ayam....walaupun mende tu kecik...tapi tuk budak yang tak sampai lagi 2 tahun.... I'm proud of him... gud trying my Boy.... nanti ummi beli banyak lagi cd2 tuk belaja ye....



Dalam Upin dan Ipin ni..banyak jugak sikap2 yang baik ditonjolkan... contoh nya dalam bulan puasa.. kanak-kanak yang masih kecil, masih di sekolah tadika diasuh supaya berpuasa.... menahan lapar dan dahaga... diasuh tuk membantu mak ayah berniaga walaupun berpuasa..... dan yang penting.... sikap 1 Malaysia tu... semua bangsa bergabung... tak kira melayu...cina dan india...


Kita layan cite upin dan ipin


Tolong !!! Amukkan...

Sejarah ....tapi sejarah ni mungkin tak berulang...hahahaha...Aduh...mak aiii.... ari ni ade staf datang serang bahagian kewangan kes claim die kena reject... tak pasal2 saya plak kena marah ngan die... cakap yang saya tak nak bayar claim die...Nasib baik ada cc ngan akak2 yang lain ada...tolong back up saya dan tolong tenangkan dia... Alhmdulillah.... die tak mengamuk lagi... Ni la rutin yang kena lalui... kalau kita duk bahagian duit2 nie... bile tak bayar orang marah.... kita dah cube tolong die... tapi nak buat macam mane..orang atasan reject... kita orang bawahan ni tak leh nak buat ape2...sori.... Harap2 la mende cam ni tak kan berulang lagi... bukan ape... risau diorang jadi histeria plak kat sini bile mengamuk..hehehehehhe....


Lembu pun tau mengamuk...hhahahahaha...

Monday, April 4, 2011

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan


Bahagia Itu Apabila Membahagiakan....

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan ber...kurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

 
Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

- Artikel iluvislam.com
See More
 

 
 Artikel ni saya terbaca dalam ruangan fb baru2 nie.... tersentuh hati saya membaca nya... Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia... Insyallah.... kita tergolong di dalam orang2 yang bahagia....Hargai apa yang ada di depan mata sebelum ia pergi.....
 
Buat suami tersayang..... syg kan cuba tuk sentiasa bahagiakan abg.... Abg anugerah terindah yang Allah kurniakan buat syg....
 
 
 
 

Ayah dan Ibu

Anak adalah anugerah Allah yang sangat2 berharga.. Dalam satu rumahtangga akan sunyi tanpa kehadiran anak kecil... Alhamdulillah... Allah telah anugerahkan saya cahayamata.... Harraz.. yang amat berharga dalam hidup saya.. syukur pada Allah kerana telah terbitkan satu perasaan dan naluri keibuan kepada saya... Setiap perkahwinan, memang kehadiran cahayamata yang amat kita nantikan... rumahtangga akan sunyi tanpa tangisan anak-anak.. walau nakal mane pun anak kita... tapi kita tetap sayangkan mereka... mungkin ini lah perasaan ibu kita..... walaupun macam mane nakal pun kite...tapi sebagai ibu..tanpa rasa dendam...tanpa rasa marah... kite tetap dibelai..tetap disayangi....



Mak... angah sayang mak....terima kasih sebab telah lahirkan angah didunia ini....

Kesusahan dari mengandung, melahirkan dan membesarkan anak2 dilalui tanpa mengeluh... ibu kita bahagia melihat anak membesar... dan menjadi seorang Manusia... tapi ramai anak2 yang makin melupakan wajah ibu mereka... wajah tua yang mendodoi mereka semasa kecil... tangan yang menyuap nasi ke mulut mereka.. kerana kejayaan yang dicapai telah mengaburi mata mereka semua untuk melihat kasih sayang insan ini..... sekarang ni banyak berita kes anak tinggal mak di tepi jalan... ibu dibuang selepas kebas harta.... mana pegi nya belas kasihan mereka pada insan tua ini..... mane pegi nya rasa sayang pada insan bergelar ayah.. ayah yang membanting tulang, bekerja keras untuk membesar kan mereka..... ayah yang sanggup berpanas terik untuk dapatkan sesuap nasi.. tak sanggup ayah biarkan anak kelaparan dirumah... ayah yang tak sanggup biarkan anak tidak bersekolah... diberi ilmu, tuk jadi orang berguna.... tapi bila dah berjaya... AYAH dan IBU dilupakan.... wahai anak - anak yang dah lame tinggalkan ibu dan ayah... pulang lah... sesungguhnya kita hidup atas redha insan yang bergelar IBU.... seorang ibu tidak pernah menyimpan perasaan demdam pada anaknya......


Mudah2an kita menjadi anak yang soleh dan solehah.... Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu....


Sudirman
Ayah Dan Ibu


Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Thursday, March 31, 2011

Akaun Facebook Tak Boleh Buka

Account facebook saya tak boleh bukak.... nape ye....hishh...tak boleh jadi nie..pagi tadi elok jer bukak.... ke ade orang yang cube curi2 guna fb saya hah? saya yang berani coba2 curi guna fb saya...?meh sini...ketuk kpale sikit.... tak baik curi2 guna yang orang punya.....

Arap2 la jap lagi fb saya boleh bukak... yang korang punya boleh bukak tak...?