CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 17, 2012

Baju Baby

Entry nie special tuk baby.....

Baby....

Hari nie ummi beli baju baby yang first skali.... Berkenan sangat tengok kawan ummi jual.... Lagipun ummi tak beli lagi baju tuk baby... jadi ummi beli special tuk baby ummi.... comel sangat... tak sabar ummi nak tengok baby pakai baju yang ummi belikan.....

Comel tak sayang....?


Hari tu ummi scan... doc cakap " Saya rasa bukan baby boy... "... syukur alhamdulillah....senyum meleret-leret.. dah lama impikan anak perempuan... Keluar dari klinik... terus call walid... bagitau walid ... kita akan dapat baby girl... walid tengah tido terus bangun.... Alhamdulillah...... setiap kali lepas solat ummi tak lepas berdoa supaya dikurniakan anak perempuan... tapi kalau ditakdirkan baby boy.. ummi terima dengan sepenuh hati... Janji semua nya selamat dan sihat....



Ya Allah Ya Tuhan Ku.... permudahkan segala-galanya....semasa mengandungkan dan melahirkan zuriat ini.... Kurniakan kami anak yang soleh mahupun solehah.... amin....

Harraz dan Pot-Pot


Makin besar makin banyak kerenah anak teruna kesayangan ummi dan walid... bila la agaknya anak ummi ni nak berhenti isap pot-pot (puting)... dah macam2 cara buat tak nak bagi dia isap lagi mende nie.. tapi makin nak ajar die berhenti.. makin menjadi-jadi plak die isap pot-pot... Bukan apa.. risau dah tengok gigi dia... Dah makin melengkung jadi nya... Nasib baik tak rongak.... Alhamdulillah... gigi Harraz cantik lagi.. rajin gosok gigi... Setiap kali mandi mesti nak berus gigi.... Gud boy cayang.... Jangan malas-malas berus gigi tau.. Nanti gigi rongak.. tak cantik..... Tengok tu... aritu beli pot-pot baru... Harraz sayang nak lepas pot-pot lame... tapi nak jugak pot-pot baru... last-last isap dua-dua pot pot dia.. nakal betul...

Betul la kata orang.... anak ni pengikat kasih sayang.... kehidupan suami isteri tak lengkap tanpa kehadiran anak-anak.... Alhamdulilah dikurniakan zuriat yang melembutkan hati.. menceriakan hari-hari ummi dan walid... Kalau letih-letih balik keje... tengok senyuman anak.. terus hilang rasa penat... Ya Allah... kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah... anak-anak yang menyejukkan hati kami... amin.....


Monday, January 16, 2012

Budak 3 Tahun Dirogol

CHUKAI: Seorang lelaki bernafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya ketika mangsa ditinggalkan di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, kelmarin, Perbuatan lelaki berhati binatang itu terbongkar selepas ibu kandung kanak-kanak terbabit mendapati terdapat lendir pada lampin pakai buang dan melekit pada paha hingga ke paras lutut mangsa jam 12.30 tengah malam.


Bagi memastikan sama ada lendir itu adalah air mani atau sebaliknya, wanita itu yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, membuat laporan polis pada jam 3.34 pagi sebelum kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan pada jam 4 pagi.

Ketika di hospital, ibu mangsa mengesyaki anaknya dirogol, bertanyakan perkara itu kepada kanak-kanak terbabit dan terkejut apabila anaknya mendakwa suspek yang melakukan sesuatu tidak senonoh terhadapnya.
Sumber berkata, lebih mengejutkan pemeriksaan hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan berikutan itu, siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

P/s : Ape nak jadi la ngan manusia zaman sekarang nie... budak kecik tu tak bersalah pape pun... kenapa la manusia sekarang ni tak de hati dan perasaan.. tak de ke perasaaan kesian pada budak sekecil itu diperlakukan macam tu... Nauzubillah.... mari kita same2 berdoa mudah2an perogol budak tu dikenakan hukuman yang setimpal dengan ape yang dia dah lakukan..... Biar jadi pengajaran pada orang lain yang rase2 nak cube buat macam tu kat anak orang lain....