CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 29, 2011

Hayati IsraQ Dan MikRaj

peristiwa israk mikraj

Umat Islam seluruh dunia menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-empat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga

Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A.
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
B.
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
C.

Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
D.

Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang -orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
E.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
F.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
G.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
H.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
I.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
J.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
K.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
L.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
M.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.  

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad

Rasullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan  tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuhdengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dankedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam.

Sama-samalah kita beramal untuk akhirat.. Dunia ini hanyalah pinjaman dan perhiasan sahaja. Akhirat adalah tempat yang kekal abadi... Dunia hanyalah tempat kita beramal untuk dapatkan tiket ke syurga ataupun neraka.

Monday, June 27, 2011

**Hantu Pot-Pot**

Jangan terkejut lak ngan tajuk entry hari nie.. tak de kaitan dengan hantu2 yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia....

Go to fullsize image


Go to fullsize image
Pot-Pot Jenis Pigeon


Sebenarnya ** Hantu Pot-Pot** ni gelaran hantu puting ..sebab nak takutkan Harraz... Harraz kan sekarang ni dah 2 tahun... disebabkan dia suka sangat hisap pot-pot.. jadi susunan gigi die tak cantik... gigi taring lebih panjang dari gigi arnab kat depan tu... kalau nampak dari jauh.. gigi harraz cam nampak rongak... sebenarnya tidak... gigi depan harraz lebih kontot dari gigi taring... tak hensem la anak ummi kalau camtu....

Go to fullsize image
Pot-Pot Step 2

Pot-pot jenis nie je yang harraz nak... Pot-Pot jenis pigeon.. Step 1 masa time kecik2 dulu.. sekarang ni step 2 je die nak... Aku try bagi step 3.. die tak nak.. maybe tak best kot... sebab bentuk die cam lebar sikir... yang step 2 patern dia lebih panjang..... Kat kemaman ni ade satu tempat je yang jual pot-pot jenis ni... pernah dulu sekali tempat yang biasa saya beli.. dah abes stok step 2.. ingatkan nak beli yang step 1... sebab mase tu pot-pot yang sedia ada hilang.. tak sedar jatuh kat mane... nak beli je mane yang ada sebab harraz dah menangis nak tido.. tapi dua2 step tak de... satu kemaman saya cari... tapi tak de jugak.. buat sementara waktu beli jugak pot-pot jenis lain... malam tu punya la susah nak tido... pot-pot feveret tak de.. esok hari terpaksa la pergi ke kuantan.. mudah2an ada lah pot-pot feveret anak ku ini.. Alhamdulillah.. jumpa jugak pot-pot jenis nie... saya terus beli 3.. standby takut hilang plak...Susah tau bila anak dah suka ngan sejenis pot-pot je...  kalau tak senang.. mane pot-pot boleh sumbat...

View Image
Jenis-jenis Pot-Pot


Pot-Pot Kaler Biru


Pot-Pot Kaler Pink


Cubaan memasukkan satu pot-pot ke dalam mulut - Pot-Pot Kaler Kuning

Hari jumaat baru ni aku try takut2kan dia ngan pot-pot **berdarah**.... pot-pot yang dicelup sirap... sirap tu bagi dia meleleh2..biar nampak real sikit die punya darah.... Harraz nangis nak pot-pot...

Harraz : nak pot-pot....
Ummi  : Tak leh... tak leh... nanti hantu pot-pot datang... ambik harraz...
Harraz : nak pot-pot...... nak pot-pot..
Ummi  : hantu pot-pot.... gigit mulut harraz nie... dia nak isap pot-pot...
Harraz  : apoh...apoh...(tak boh = tak nak)... apoh...apoh.... sambil nangis...
Ummi   : tutup mulut.... nanti hantu pot-pot gigit mulut harraz...
Harraz  : apoh...apoh..apoh... ( nangis sambil tutup mulut)....
Ummi  : hehehehhee.. tau takut....

Lepas tu... setiap kali nangis mesti nangis tutup mulut... kadang2 kelakar pun ada bila tengok.. air mata berjurai2... tapi nangis sambil mulut tutup..... ari tu percubaan tido tanpa pot-pot berjaya.... tapi Harraz tido tak lama la... sebab tak de pot -pot yang boleh buat die lena tido....

Budak tecit yang lena tido diulit Pot-Pot : Pot-Pot Kaler Merah

Tapi malam terpaksa bagi la... kalau tak bagi tak tido la jawabnya ummi ngan walid.... menangis setiap jam... susah jugak kan kalau anak dah biasa hisap pot-pot nie... dulu mase kecik2 senang nak tido kalau hisap pot-pot.. tapi bila dah besar nie... nak cuba pisahkan dia ngan pot-pot dia... mesti la susah kan.... tapi aku kena cuba jugak takut2kan harraz supaya dia tak nak hisap pot-pot lagi....

Pot-Pot Kaler Hijau

Korang ade petua tak nak bagi anak taknak hisap pot-pot ..? Dah banyak sangat koleksi pot-pot harraz....macam2 kaler ada..




Wednesday, June 22, 2011

Meniti Hari2 Akhir

Sedih nya tajuk entri hari ni kan... Meniti hari2 akhir di Bahagian Kewangan.... suspen je kan... sekarang ni saya dah kena tukar department... dulu2 penah saya bising2 kat blog cakap tak nak kena tukar department... tapi akhir nya.... terpaksa jugak bertukar.... waarrghhhh... sedeh nye... saya tak nak kena tukar... sejak saya berpindah ke JKR kemaman.... saya duk Bahagian Kewangan... tapi bila dah serasi... bila dah seronok... kena tukar plak..... rase kureng r sikit kan.... mencik...mencik...mencik tau.... nak buat camne... kite ni orang bawah... ditendang ke sana ke mari... nak tunggu hingga pencen... mane plak la aku kena campak.... hahahaha....

Orang yang di "kick" keluar padang

Dan sekrang ni aku duk ajar budak baru... pengganti ku... budak fresh... baru nak mula keje goverment.... welcome..... keje elok2 ye dik.... panggil orang adik.. macam la die tu "akak" sangat... hehehehhee....

Dan lepas nie bermula la episod aku plak kena belaja benda baru... lepas ni aku kena tukar ke Bahagian Pentadbiran pulak.... mintak2 la minda dan otak aku yang cerdas nie cepat belaja.... Cerdas Ke..??? cerdas la jugak.... hahahhahaha.. masuk bakul angkat sendiri... tak malu weh.... puji diri sendiri... kalau bukan kita yang puji diri kita sendiri.. sape lagi kan....??? nasib diri la....

Sabor je la wahai hati...

Sekian .... KAMI YANG MENURUT PERINTAH


Tuesday, June 21, 2011

Ahmad Adib Afham

besar nye nganga mulut sayang...

That's my anak buah baru.... anak adik Walid Harraz.... bagi belah walid... Adib cucu yang kedua... harraz still no 1 ok... hehehehe... belah saya pun Harraz no 1 jugak....  sebenarnya anak buah saya ni dah lame dah melihat dunia... cuma mak sedara Adib ni tak de mase lagi nak citer.... teruk kan mak sedara Adib ni.... sory ye sayang..... bukan tak nak cite... tapi Mak Long banyak keje... dah naik pangkat dah jadi Mak Long.... walid pun dah naik pangkat jadi Ayah Long....


Adib mase umur 3 hari


Baby Adib lahir 22 mei 2011 ari tu... esok baby dah genap sebulan... sekejap jer time orang berpantang... pejam celik dah sebulan... tapi time kite mak aii... lame nye nak tunggu sebulan... baby lahir 3.07 kg... besar jugak kan.. harraz ari tu 2.58 kg je.. kecik je... bile dukung anak orang... rase besar je... sebab time anak kite dulu kecik jer....


Sampai terangkat tangan ...syok nye tido...


Alhamdulilah.... semua nya dah selamat.... ibu Adib sakit tak lame... masuk labour room pagi... tengah hari lahirkan Adib...mase baru lahir dulu..Adib ade masalah paru-paru sikit... tapi alhamdulillah... tak lame... lepas bagi antibiotik.. dah boleh masuk wad biasa.. tpi ade jundice plak.. terpaksa kena tahan di wad lagi... seminggu duk wad baru leh kuar.... sekarang ni berpantang kat umah ma.... biras saya berpantang kat umah mertua... Adib sekarang ni pun dah pandai isap 'pot-pot'.... same cam abg Harraz... dah nangis sangat.... ibu die sumbat 'pot-pot' .terus senyap. hehehhehehe...


Mase ni Adib duk dalam wad jundice


Lenanya baby Adib tido...

Harraz suka ngan baby.. tapi ummi jer tak berani lagi nak lepas die main ngan baby... bukan pe .. takut die cucuk mate baby... die geram tengok baby... mulut bising jer.... panggil... 'baby...baby....'... bile ummi tanye... harraz nak baby.. cepat jer jawab... NAK..... Harraz nak jadi abang long dah kot.... ehem..ehem....

Welcome Back

Welcome Back..rasenye dah lame betul saya tak cite pape kan... ntah la.... baru2 nie sibuk sangat.... banyak keje.... main netball tuk sukan JKR lagi... bile balik umah x de mase nak online...memang spend time ngan famili... baru2 ni adik pompuan saya kawen... jadi sibuk tu berganda2 la... dan dah lame sangat tak jenguk umah usang saya nie... dan lame jugak tak bace citer kawan2... maybe dan banyak saya ketinggalan kan... tak pe la... nanti saya blogwalking yer.... 

Miss u.... All...