CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 10, 2013

Banjir Punye Cerita

Assalamualaikum....

Selepas berhari-hari Pantai Timur terutamanya Kuantan dan Kemaman di landa banjir besar.. baru hari ni berkesempatan nak bercerita kat blog tecit nie...Banjir ini adalah yang paling buruk dalam mase 42 tahun... Masyaallah.... begitu besar kuasa Mu Ya Allah..

Hari ni dah masuk hari ke - 6 banjir..Alhamdulillah... Kemaman dah makin pulih... Kebanyakan jalan telah dibuka...  Sekarang ni misi bersihkan rumah la plak... Letih nye duk bermain-main dengan lumpur nie... Rumah saya alhamdulillah tak naik tinggi sangat air.. paras lutut jer... kalau tengok umah kawan-kawan yang lain... Nauzubillah.. teruknya... tapi alhamdulillah syukur nyawa kami semua masih selamat... walaupun harta benda tak boleh diselamatkan...

Saya nak kongsikan sedikit gambar-gambar banjir yang berlaku di Kemaman.... Allah Maha Besar... hanya dengan air mampu melenyapkan harta benda manusia.... Allahu akbar.... Mase berlakunya banjir nie.. hati tak putus berdoa supaya selamatkan kami semua....  Saya pun ade pengalaman pahit manis masa banjir ni... Insha allah lepas ni saya buat entry kongsikan ngan korang ek... (Ade ke orang baca blog saya nie... hahahhahhaa... )



Jambatan Sungai Limbong runtuh akibat air terlalu deras.


Pintu Gerbang Sempadan Kemaman - Kuantan ... Waktu ini kenderaan berat masih boleh melalui jalan ni... tp pada sebelah petangnya telah ditutup kepada semua kenderaan berat sebab air telah meningkat ke paras bahaya... 


 Taman Chukai Utama .. Semua bank dan kedai-kedai telah ditutup... kat sini air naik memang tinggi... Jalan turut ditutup untuk semua kenderaan.


Di kawasan Quarters Kerajaan Batu 2 1/2 Jalan Air Putih.



Air Sungai Limbong Chukai Kemaman telah melimpah.. (Takut tengok keadaan ni.... )


Rumah di Taman Bukit Mentok, kat sini boleh dikatakan kebanyakan rumah 'total lost'... banyak yang x dapat diselamatkan.



Depan Sek. Men. Chukai Kemaman... ni gambar selepas surut... kat kawasan ni pun antara tempat yang teruk dilanda banjir.



Bandar Kemaman telah lumpuh.



 Bandar Chukai Utama telah menjadi lautan. Subhanallah...

Pemandangan bandar Kemaman.... Allah Maha Besar

0 comments: