CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 31, 2011

Lamanye Tak Menjenguk

Mak aii... lame betul tak jenguk umah buruk saya nie.... Ntah la... lately kebizian melanda.... tambah plak ngan mood kureng.... ntah la... nape ek... ntah la belalang... bapak pun tak tau.. sebenarnya ari nie tak tau nak cite ape... sebenar nya baru2 nie banyak mende nak cite.... tengok la... nanti bile mood saya sudah mari.... saya stori k.....

Dah lama jugak tak baca blog kawan2... banyak story yang saya dah ketinggalan kan... don't worry.. nanti saya baca cite korang semua yerk.....

Wednesday, May 25, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh Di Hulu Langat, Selangor

Semalam duk rehat2 sambil tengok tv ade berita terkini... terkejut sangat dapat tau tentang kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor... Tanah runtuh telah menimbus rumah anak-anak yatim .... sedih sangat bile tengok lepas sorang... sorang diusung dari tempat kejadian... Seramai 25 orang anak-anak yatim dan pekerja madrasah tersebut sedang berada di dalam khemah.. dan sedang berlatih nasyid... sebab rombongan FINAS akan datang untuk menyampaikan sumbangan....


Siapa sangka.... mungkin itu lagu terakhir yang mereka nyanyikan.... dalam sekelip mata... hilang semua nyanyian itu... datang pula tangisan... mengiringi seorang demi seorang mangsa meninggal dunia.... sayu sangat bila pagi nie saya baca berita mutakhir di harian metro... semua mangsa telah ditemui.... 16 maut.. 9 cedera dan 3 daripadanya berada di dalam keadaan kritikal.... Dari Allah kita datang...dan pada Allah jua kita kembali.....


Info : sekarang semua mangsa telah ditemui. 16 Maut :    9 Cedera

Mudah2an roh mangsa tanah runtuh ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... dan bagi yang masih hidup.. dan cedera... saya doakan mudah2an anak2 semua dikurniakan kesihatan yang baik.... Allah itu maha mengetahui.. mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.... Kita hanya mampu berdoa supaya anak-anak ini dipelihara...

Menanti kawan2 yang tertimbus

Antara mangsa yang telah meninggal dunia ditempatkan di surau Madrasah

Antara mangsa yang tercedera

Runtuhan tanah yang telah meranapkan bahagian khemah madrasah

Untuk berita penuh... klik kat SINI

Sama-sama kita doakan semuanya dirahmati Allah dan selamat... Amin

Thursday, May 19, 2011

Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana

Maybe ramai yang tau berita nie.. saya je yang lambat... pada yang tak tahu... meh sini nak cite... tadi duk godek2 kat internet terjumpe cite nie... Pasal bekas isteri Datuk K..Datin Tengku Zawiyah. alhamdulillah... bertemu jodoh lagi... Mudah2an kekal bahagia hendaknya...

Selamat Pengantin Baru

Anak-Anak Datuk K yang Hencem2 blake

Nak tau lebih lanjut pasal cite nie...klik kat sini .... SINI

Wednesday, May 18, 2011

Doa Lembutkan Hati Suami

A.    DOA MELEMBUTKAN HATI SUAMI - SURAH AN-NISA ( AYAT 84 )

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHEEM

BACAAAN SURAH : FAQAA TILFI SABILILLA HILA TUKALLAFU ILLA NAFSAKA WAHARRIDHIL MU'KMININA, A' SALLAHU A'INY YAKUFFA BA'K SALLAZI NAKAFARU, WALLAHU ASYADDU BA'K SAN'-WWA ASYADDU TANKI LA...

MAKSUDNYA :" OLEH ITU , BERPERANGLAH ( WAHAI MUHAMMAD) PADA JALAN ALLAH ( UNTUK MEMBELA ISLAM DARI PENCEROBOHAN MUSUH ); ENGKAU TIDAK DIBERKATI SELAIN DARIPADA KEWAJIPANMU SENDIRI . DAN BERILAH PERANGSANG KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ( SUPAYA TURUT BERJUANG DENGAN GAGAH BERANI ) . MUDAH-MUDAHAN ALLAH MENAHAN BAHAYA, SERANGAN ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU. DAN ( INGATLAH) ALLAH AMATLAH BESAR KEKUATAN-NYA DAN AMATLAH BERAT AZAB SEKSA-NYA.."

1. DIBACA SELEPAS SOLAT 5 WAKTU , NIAT AGAR SUAMI LEMBUT HATI DAN KASIH SERTA SAYANG PADA ISTERI

2. DIBACAKAN SEBANYAK 7 KALI PADA AIR MINUM BERCAMPUR MADU DAN DIBERI SUAMI MINUM SEBELUM SARAPAN . JUGA SESUAI UNTUK ANAK-ANAK YANG DEGIL. NIATKAN MENGIKUT HAJAT MASING-MASING .



B. DOA ELAK SIHIR TAFRIQ - SIHIR PEMISAH SUAMI ISTERI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHEEM

1.   FALAMMA ALQAU QALA MUSAA MA JIKTUM BIHISSIHRU INNALLAHA SAYUB DTILUHU, I-NALLAHALA YUSTH LIHU N'GA MALAL MUF SIDINA..

MAKSUDNYA ; " SETELAH MEREKA CAMPAKKAN ( BENDA ITU) , NABI MUSA BERKATA, " APA YANG KAMU DATANGKAN ITU ?, ITULAH SIHIR . SESUNGGUH ALLAH AKAN MENDEDAHKAN KEPALSUANNYA ( DENGAN MUKJIZAT YANG DIKURNIAKAN-NYA KEPADAKU )", SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENJAYAKAN PERBUATAN ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN..." ( SURAH YUNUS ; AYAT 81 )


2.   LAISALAHA MINDU NILLA HIKA SHIFA...( SURAH AN-NAJM : AYAT 58)

MAKSUDNYA ; TIDAK ADA SESIAPA PUN SELAIN ALLAH YANG DAPAT MENAHAN ATAU MENGHAPUSKAN HURU-HARA HARI KIAMAT ITU ...( SURAH AN-NAJM ; AYAT 58)

3.  HUWAL AU-WALU WAL-A KH'IRU WADZZO HIRU WAL-BA DTHINU WAHUWA BIKULLI SYAI-INN NGA'LIIM...

MAKSUDNYA ; " DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN, DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU ( SURAH AL-HADID ; AYAT 3)


DOA PEMIKAT HATI SUAMI - DIBACA KETIKA BERSUA DENGAN SUAMI

1. SURAH YUSUF - AYAT 4
2. SURAH TAHAA - AYAT 39

 

NIAT YANG BAIK DISERTAKAN DENGAN AMALAN YANG BAIK..
SEMOGA DIMAKBULKAN ALLAH HENDAKNYA...
AMEEN,AMEEN YA ROBBAL A'LAMEEN

Solat Yang Tak Diterima

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah s.w.t

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



Sayang Seribu Kali Sayang




Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

 

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila  SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG  ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….