CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 28, 2011

Boring.. Boring

Ari ni boring sangat kat opis... sunyi jer... sebab dah ramai yang ambik cuti raya.. tinggal berapa kerat je yang still keje lagi kat opis.. dan aku adalah salah sorang yang masih bekerja tu.... boring tahap gaban... tak tau nak buat ape... keje ade malas mengatasi segala-galanya... hahhahaha... tak baik tul... malas nak buat keje ... hati ingat nak cuti jer.... Saya ambik cuti lepas raya.... sebab En. Suami keje ari raya nie... terpaksa lepas raya baru dapat cuti... tu yang apply cuti lepas raye....

kat opis skarang ni semua bos2 dah tak de.... semua dah cuti... jadi time ni la kita nak hepy kan diri.... malas nak buat keje... hahahhaa... makan gaji buta betul.... tapi boring plak.... nak kuar pegi round2 cuti mata tak larat plak... ingat dalam kepala ni nak cari tudung kaler pink ngan kelabu... tapi mikir ke parking susah nak dapat time ni terus tak jadi nak pegi.... mane agaknya datang orang reramai sangat nie kan... kat bandar sekrang ni jalan adalah tersangat jem.... nak dapat parking tok sah nak mimpi la... 15 kali round tak dapat lagi...

Arrrghhh... help... help... saya boring tahap gaban.. !!!!


Nah.. kita layan lagu raya ni dulu.. buat hilangkan boring ....

Wednesday, August 24, 2011

Balik Kampung

Sekarang ni aku duk layan lagu raya kat youtube... mood nak buat keje dah kureng... maklum la raya dah dekat..hihihihi. Harraz sekarang ni dah pandai nyanyi lagu Balik Kampung.. cam paham2 plak.. time nak raya ni die duk nyanyi lagu Balik Kampung... yang clear hanya

ooooohhhhh...ooohhhh... balik kampung...
ooooohhhhh...ooohhhh...balik kampung....

words yang lain x brape clear... cuma melodi jer betul... comel sangat bila Harraz nyanyi Balik Kampung versi pelat.....


Selamat Balik Kampung... Mudah2an kita semua selamat sampai ke destinasi... Bak kate PM : Jangan jadikan jalanraya pusara tak bertanda .......

p/s : Sebelum memulakan perjalalan... pastikan  kenderaan anda berada di dalam keadaan yang baik... Jangan pandu laju... Ingatlah orang yang tersayang.....

Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan

Dah lama rasanya tak buat entri kan... ntah la..lately saya malas sangat nak berblog.. mood x mari kot... Ari ni dah 23 Ramadhan... lagi seminggu kita nak raya... Sekejap je rase nye...Ramadhan akan tinggalkan kita.... Mudah2an kita akan bertemu semula ngan Ramadhan tahun depan... Insyallah...

Sekarang ni lagu raya dah banyak berkemundang di radio... di tv... mood raya makin memuncak... Ari ahad baru ni pegi kuantan... cari keperluan raya sikit2... pegi berdua je ngan walid.. Harraz tak bawak... tempat ramai orang... tak sesuai bawak Harraz... dia cepat boring... baik tak bawak... kecian dia.. panas... nanti tak pasal2 mengamuk....

keperluan Harraz dah ready... cuma tinggal songkok ngan kasut je belum beli lagi.... Songkok baru je beli tahun lepas..tapi sekejap je tak padan... Tahun ni kena beli size besar sikit la.. boleh pakai lama.... Yang ummi ngan walid ala kadar je.. ambik yang wajib jer.. raye ni tuk anak2 je... budak2 yang hepy lebih....  Insyallah.. cuti weekend ni nak pegi kuantan lg... last preparation punya.... harap2 la walid rajin melayan kerenah isteri mu ini... Cayang Walid.....
Ni tahun lepas punya tema.. tahun ni tema kaler 'Coklat Gelap'

Tuesday, August 9, 2011

Bonus... !!! Oh Bonus !!!!

Alhamdulillah... PM dh umum kan semalam tahun ni ada bonus bagi kakitangan kerajaan.. Bonus di bayar setengah bulan gaji... Alhamdulillah... rezeki anak2... tapi yang untung orang yang gaji besar la.. bagi orang yg gaji kecik x terase sangat...Tapi yang penting... kita harus bersyukur dengan rezeki yang ada....

Semalam lepas berbuka lepak sekejap depan tv... sementara nak solat magrib... rehatkan perut yang tengah sarat ngan makanan atas sofa depan tv... abes je cite Kasih ALia.. terus bangun nak pegi mandi... Tapi stop sekejap bila pemberita tv3 bagitau kerajaan bersetuju nak bagi bonus... Harraz plak bising... cepat la mie... andi mi.... andi mi.... hish.. budak ni... bising nye sampai ummi tak dengar secara 'clear' apa yang pemberita cakap.... last2 siap solat... mintak walid google cari pasal bonus tahun nie.... bila baca dalam internet baru puas hati.... ALhamdulillah.....

Harap2 la kerajaan akan bayar separuh lagi bonus pada hujung tahun nie... Dengar cite tahun ni nak mengundi.. tu yang dapat bonus tu... Kalau tak mengundi rase nya tak merasa jugak kot bonus tahun ni... still cam tahun2 lepas... dapat Bantuan Khas Kewangan je.... tahun lepas ok sikit... RM 1000 dibayar 2 kali... tahun sebelum nya lagi geram RM 500 dibayar 2 kali lak tu.... ape la kakitangan yang anak ramai boleh belanjakan duit RM 250 tu.... dapat back up sikit je.... Tapi tuk tahun ni alhamdulillah...


Muka Hepy Dapat Bonus

Gatal tangan rase nie... bile agaknya bonus nak masuk nie.... hehehehhehe

p/s : Bonus Ohh Bonus... cepat la dikau masuk ke dalam bank Ku... tak sabar nak berjumpa dengan mu... hahahahahha

Thursday, August 4, 2011

Sinopsis ~Kisah Alia~



Menyusuli “Dewa Cinta”, drama bersiri terbaru ‘Kasih Alia’ terbitan JS Pictures telah menemui para penonton menerusi slot Akasia mulai 1 Ogos 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Sebuah dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak.

“Kasih Alia” nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.

Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.
Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.
Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?
Jangan lupa terus saksikan “KASIH ALIA” di slot Akasia, setiap hari Isnin – Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3!

p/s : dah tengok cite ni start dari episod pertama.. memang best..!!!!

You R Growing Up Sayang !!

Lama saya tak buat entry pasal Harraz kan... Harraz sekarang ni adalah tersangat manja dan tersangat aktif... Dan banyak mulut.... words yang keluar dari mulut die kadang2 jelas betul sebutannya... Pot-pot pun dah kurang sikit isap... time nak tido je mesti tarik2 seluar ummi.. die tau.... tempat biasa ummi letak feveret thing die kat dalam poket seluar... clever boy anak ummi....



Dan sekarang ni dah cepat rase tak selesa bila pampers basah... Malam2 bila pampers basah sikit.. mula la die menangis.. mintak tukar pampers dia... Dan suka sangat mandi.. pantang orang masuk bilik air... sibuk je die....

harraz : ummi... nak andi... mi... andi... mi...
ummi   :tak leh sayang... dah malam nie.....
harraz : andi mi.... andi mi....( pastu pakej skali ngan aksi tergolek2 depan bilik air....)

*
*
*

Harraz sekarang ni manja sangat... pantang kena marah sikit mula nangis kuat2... waarrggghhh... baru tinggikan suara dh nangis... pastu dah pandai ngadu....

walid : hisshhh... ape nie... nape buat gitu...?
harraz : waargrghhhh... mi..... alid wak(buat).... warrghhh....
~ kalau walid yang marah... die akan mengadu kat ummi..... kalau ummi yang marah... dia akan mengadu kat walid dia..... ~

panjang akal dia ni... pastu bila saya cakap... harraz.... walid buat.....sakit.... die berlari datang...konon2 la selamatkan ummi la tu.... cepat2 die peluk saya.... comei sangat... kecik2 cam ni dah pandai nak pertahankan ummi dia... pastu saya dan walid dia saje je main pukul2.... dia akan peluk la salah sorang... dan marah salah sorang.. jangan buat kat yang die peluk tu.... harraz sayang ummi... harraz sayang walid nye... ummi dan walid pun sayang Harraz......


Ramadhan Yang Ke 3

Alhamdulillah... masih diberi peluang dari Allah tuk merasai nikmat Ramadhan yang ke 3...

Ari ni kat opis rase ngantuk sangat.. Badan tak letih mane pun... tapi mate ya rabbi.... ngantuk tahap gaban... sampai terlelap kat atas meja... nak tido awal kang.... tak sedap jugak.. tp tak tahan punya pasal.. dlm 12.30 tgh ari aku dah masuk surau..... baring je terus terlelap...  sedar2 je dah pukul 2... bangun2...solat pastu masuk opis balik.. tengok keje atas meja pun macam blur jer.. x de mood nak buat keje.. nasib baik bulan pose ni balik awal.. pukul 4.30...

Ari ni ingat nak masak la.... Mak ngan ayah ajak berbuka ramai2 ngan adik beradik kat umah mak... jadi aku pun beli ikan cencaru... saje je nak bagi tambah lauk sikit....  Akak ipar aku plak bawak rendang daging... jadi banyak la menu berbuka tuk ari nie.... Ingat nak masak tomyam.. tapi mak cakap lauk dah banyak... esok2 la plak masak tomyam....ni menu kami hari nie :

* Nasi Putih
* Gulai Ikan Tenggiri
* Ikan Bakar
* Rendang Daging
* Ikan Cencaru Goreng
* Rojak Petis
* Ayam Panggang (untuk Acu sebab rajin puasa)
* Sotong Goreng

Alhamdulillah... kenyang... lepas berbuka siap2 nak gi terawih plak ngan Walid ... Harraz tinggal ngan Acik.. sebab kalau bawak die pegi surau... buat kacau orang nak solat jer....

p/s : sori tak sempat nak snap gambar....

Ramadhan Yang Ke 2

Alhamdulillah... Ari ni dah ramadhan ke dua... sori entry lewat kuar... sebab ari tu draft tapi blom publish lagi... Ari ni berbuka ngan menu yang simple jer.. angkut kat Bazar Ramadhan.. tak bekesempatan lagi nak masak... Tengok la esok lusa ummi masak ye walid...

Lepas balik keje... singgah umah Ibu Harraz.. ambik budak tecit tu... Balik umah... rehat2 jap... pas solat asar famili kecik aku pun kuar pegi Bazar Ramadhan... sampai sana... Ya Allah... ramainya orang... parking punya la susah... Nasib baik ade kete kebetulan nak kuar... Settle bab parking... terus terjah ke Bazar Ramadhan...ramai nya orang... dari mana agaknya datang orang ramai cam ni kan... sampai nak tengok makanan pun tak nampak....

Jalan punya jalan... tengok Nasi Beriani.. best plak rase... terus beli 2 bungkus... tuk Harraz beli nasi lemak... pastu Murtabak dan lauk kerang... Walid teringin nak makan.... Air pun beli nie... hehehehe.... Walid : air nenas, Ummi : Air Carrot Susu dan Harraz... Air soya... satu sorang air tu.... Bulan puasa nie.. nafsu makan adalah sangat melampau ok... Rase cam nak beli semua jer.... Hehhehehehe.. Tapi sabo......

Balik umah... siap2kan makanan.... pastu azan... Alhamdulillah..... selesai puasa tuk hari nie... Lepas makan siap2 nak gi terawih plak.....

See u toworrow.....

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya sahlan Ya Ramadhan.. Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur kita untuk bersua kembali ngan Bulan Ramadhan yang mulia nie... Alhamdulillah... Dan hari ni adalah 1 Ramadhan..bermula la episod berpuasa... Masuk tahun ni dh masuk tahun ke3 aku berpuasa sebagai seorang isteri kpd En. Shahrul.. my daling ...  dan tahun ke 2 sebagai seorang ibu pd budak tecit tu... Harraz..

Semalam bersahur ngan milo panas dan nasi goreng.. Walid tak makan pun... just minum milo panas jer... Time jam pukul 4 pg nak bangun sahur... tapi jam loceng aku tu... si budak kecik Harraz dah bunyi alarm dia  dulu... pukul 3 pg dah bangun... nangis2... sejak kebelakangan ni Harraz selalu jer nangis tengah2 malam.. ntah la... ape yg buat die nangis mlm2 buta nie... Kadang2 mengigau... ckp takut... takut...  ari tu kes pot-pot die... skrang ni kan Harraz dah tak isap pot-pot .. cuma time nak tido jer nak pot-pot.. skrang ni plak dah pandai main gigit2 pot-pot.. nasib baik tak putus jer... tapi tu la... bile pot-pot dah robek cam tu.. mesti la tak best tuk di isap... jadi mula la die meragam time tido... tak boleh nak  layan kepala agaknyer... hehehhehe.. macam2 la anak bujang aku sorang nie.... ke nak dapat adik yg meragam sangat nie... soklan cepu emas nie... hahahahhaha...

Hari ni kami akan berbuka puasa kat umah ma.. lepas keje nanti terus balik umah ma... ape la menu berbuka pose ari yer...? tapi tak yah risau.. sebab apa jer yang ma masak mesti sedap.. bila la agaknya menantu mu ini pandai masak... cedeh.. cedeh.. dah 3 tahun kawen.. tp still tak pandai masak lagi... tapi nasib baik Walid tak cerewet sangat bab makanan nie... thanks walid... cayang walid...

p/s : selamat berbuka tuk semua.... dan jangan makan terlalu kenyang... nanti nak pegi terawih plak....