Semalam kan cuti bagi rakyat Negeri Terengganu... sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu... macam biasa la... bila hari cuti cam nie.. operasi kemas umah... maklum la.. hari keje tak de mase nak berkemas... nampak sangat malas... hehehehhe... bukan malas... tapi kekurangan masa nak berkemas... kemas umah ala kadar je la kalau ari2 biasa nie....
Sempena ngan hari cuti nie... dengan tahap kerajinan yang tinggi.. aku masak Nasi Lemak tuk breakfast merangkap lunch terus... ahahhahhaha.. tadi cakap tahap kerajinan yang tinggi... ni macam tahap kemalasan yang melampau jer... Sabor je Walid ku cayang... melayani kerenah isteri mu yang "rajin" ini.... Lepas siap masak breakfast....Kitorang pun menikmati la Nasi Lemak air tangan isteri yang rajin nie... Harraz pun makan same.... best tak Harraz ummi masak nasi lemak....? Harraz ckp... uurmmm.... dap nye......
Perut pun dah kenyang... rehat barang seminit dua.. mulakan operasi bersih dapur... BERSIH.. kat umah aku pun ade jugak ... hahahahha.. tapi ni BERSIH lain...... kung ..kang...kung... kang.... bersih punya bersih... basuh punya basuh... dah dekat nak siap... aku pun nak pegi la bersih kat luar pulak... baru je melangkah kaki ke luar pintu.... tetiba kaki aku tergelincir... licin ...terus jatuh atas simen... terkedu sekejap.. rase cam nak pitam jer.... pastu baru rase sakit... abes calar belakang kena pintu.... sakit nye... rase nak nangis jer...
Tapi yang nak kelakar tu... sempat lagi bangun cuci longkang... hahahaha... tengah sakit tu... rajin nie... rajin yang melampau... lepas siap cuci longkang... pegi ngadu kat walid yang tengah tido... walid baru balik keje pagi tadi... keje malam semalam....Walid... sakit.... tadi jatuh kat belakang....
Sampai ari ni rase sakit nye lagi... terutama time nak angkat kaki.. sakit nye.... Alhamdulillah.. sakit ni penghapus dosa kecil......
Thursday, July 21, 2011
Wednesday, July 6, 2011
Ling... Ling... Tanjat Boboi...
Sape2 yang tengok maharaja lawak baru2 nie mesti ingat dialog nie...
Ling .. Ling.. Semput...
Tanjat Boboi... Haarrrgghhhh.....
Manis nya kurma itu.....
memang kelakar sangat... saya tengok dah banyak kali video klip nie... tak puas rase.. berbaloi r sepah boleh menang... memang diorang kreatif.... banyak idea.. lawak plak kelakar habis....
Labels:
mahajara lawak,
manis nya kurma itu,
sepah
Cium Anak Dapat Pahala
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

* Ummi sayang Harraz.. Harraz penyambung kasih sayang antara Ummi dan Walid... Harraz pelengkap hidup ummi... Harraz segala-galanya bagi Ummi dan Walid... ummi doakan anak ummi menjadi anak yang soleh.. Setiap ciuman yang ummi berikan untuk Harraz.. adalah ciuman kasih sayang yang tidak ternilai... Cium Harraz.. luv u bucuk ummi..... mmmmuuaahhh.....*
Subscribe to:
Posts (Atom)